Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Agihan Makanan kepada Golongan Asnaf di Kampung Melayu Majidee.
Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan Qul Holdings (M) Sdn. Bhd. En. Mohd Shah Rahmat. Beliau menyatakan program tahunan QHSB ini diadakan kerana QHSB tidak mahu golongan asnaf merasa terpinggir bagi mengharungi kesukaran kehidupan dimasa convid 19 melanda dunia .
Menurutnya lagi, pada tahun ini QHSB menyediakan Gerobok Rezeki pada golongan yang memerlukan bantuan makanan. Gerobok Rezeki ini disediakan di bawah Pejabat Operasi QHSB di Kota Tinggi. Bagi penduduk Kota Tinggi yang memerlukan bahan bekalan makanan bolehlah mengunjungi Gerobok Rezeki kami berdekatan Bank Islam Kota Tinggi.